Semasa

Majlis Berbuka Puasa Warga 6 Bgd Bersama ADUN Tanjung Dawai

KEDAH: Seramai 500 orang pegawai dan anggota hadir dalam Majlis Berbuka Puasa warga 6 Briged bersama ADUN Tanjung Dawai, YB Dato’ Tajul Urus Mohd Zain di perkarangan Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang pada 21 Jun 2017. Ketibaan ADUN Tanjung Dawai disambut Panglima 6 Briged, Brigedier Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad.

Dalam ucapan beliau, Dato’ Tajul Urus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga 6 Bgd.

Di samping itu, beliau berpesan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan Hari Raya ini agar meningkat lagi keselamatan kem semasa anggota bercuti sempena perayaan Hari Raya ini. Beliau juga berpesan kepada semua warga 6 Bgd agar berhati-hati semasa dalam perjalanan balik ke kampung dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Dato’ Tajul Urus seterusnya telah menyampaikan sumbangan kepada anggota, balu serta waris kurang upaya diiringi Panglima 6 Briged.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online