Semasa

Anggota OP KAWAL Terima Beg Raya

KUALA LUMPUR: Seramai 112 anggota Op Kawal telah menerima sumbangan beg raya bersempena Hari Raya Aidilfitri ini daripada Panglima 12 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazri Abidin di 1 RAMD pada 12 Jun 2017.

Panglima 12 Bgd dalam ucapannya mengingatkan anggota operasi supaya bertugas dengan penuh amanah, sentiasa berhati-hati menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangka dan mengekalkan tahap disiplin serta penampilan yang baik sepanjang menjalankan tugas. Anggota yang bertugas adalah dianggap sebagai mata dan telinga ATM semasa yang lain bercuti perayaan di kampung halaman masing-masing. Ianya merupakan pengalaman unik yang harus dilalui sebagai seorang bergelar tentera.

Bagi anggota yang tidak bertugas, beliau turut mengingatkan supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya semasa pulang bercuti ke kampung.

Turut hadir adalah Pegawai Memerintah 1 RAMD, Lt Kol Mohd Radzi Othman.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online