Semasa

Sambutan Hari Raya KTJ OP 8 Bgd

KELANTAN: Panglima 8 Bgd, Brig Jen Nazari Abd Hadi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama 342 orang pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS) yang kini bertugas menjaga keselamatan di sempadan negara pada 25 Jun 2017.

Majlis diadakan bertujuan bagi meraikan anggota yang sedang bertugas dan mengagihkan sumbangan raya kepada Pegawai Memerintah 5 RS dan Pegawai Pemerintah Sasaran Penting 8 Bgd serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anggota dan meningkatkan lagi semangat moral anggota sewaktu bertugas di musim perayaan.

Dalam ucapan Panglima 8 Bgd, beliau menegaskan keselamatan negara bermula daripada kepentingan kawalan sempadan dan mengingatkan semua anggota berkenaan undang-undang melepaskan tembakan yang perlu dipatuhi oleh semua warga tentera.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online