Semasa

PUSASDA Sambut Aidilfitri Bersama Warganya dan Perajurit Muda

NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan Perajurit Muda yang sedang menjalani Latihan Asas Perajurit Muda dan warga PUSASDA yang bertugas pada hari raya di Hangar PUSASDA pada 25 Jun 2017.

Dalam ucapan Komandan PUSASDA, beliau menyentuh tentang erti sebuah pengorbanan terhadap negara dan perkhidmatan sebagai seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang mana, rata-rata Perajurit Muda menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa keluarga disisi buat pertama kali.

“Perpisahan dengan keluarga tatkala menyambut perayaan demi tugas terhadap negara dan perkhidmatan adalah antara cabaran kehidupan seorang anggota tentera dan kini Perajurit Muda telah didedahkan dan diterangkan dari awal tentang keperluan tuntutan tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online