BAKATSemasa

Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Gabungan MK PMBTD

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Gabungan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) telah diadakan di Dewan Dato’ Jamil, Kem Perdana Sungai Besi pada 5 Sep 2017.

Dalam majlis berkenaan, Datin Wira Rosnani Ab Ghani secara rasminya menyerahkan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi BAKAT Gabungan MK PMBTD dan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Al-Mawaddah kepada Lt Kol Datin Norhayati Jamak (B) dan disaksikan oleh Datin Rashidah Abdul Rahim, Naib Pengerusi 1 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat.

Serah Terima Tugas ini bertujuan menerangkan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi BAKAT Gabungan MK PMBTD dan Pengerusi PPDK Al-Mawaddah. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati daripada pelatih PPDK Al-Mawaddah kepada Datin Wira Rosnani Ab Ghani.

Turut menyaksikan Pengerusi setiap pasukan di bawah MK PMBTD serta ahli-ahli BAKAT Gabungan MK PMBTD.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12690,12692,12693,12694,12691,12695,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online