Semasa

Perbarisan Serah Terima Tugas KS Am MK PMBTD

KUALA LUMPUR: 50 Pegawai dan 120 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) telah terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf Am MK PMBTD telah diadakan di Kompleks Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat pada 5 Sep 2017.

Dalam majlis berkenaan, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi secara rasminya menyerahkan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Staf Am MK PMBTD kepada Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dan disaksikan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.

Serah Terima Tugas ini bertujuan untuk menerangkan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Am MK PMBTD. Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi, dalam ucapan beliau turut menzahirkan perasaan terharu terhadap sokongan serta semangat kerjasama yang telah diberikan oleh semua Pegawai dan Anggota sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Staf Am MK PMBTD.

Acara diakhiri dengan jamuan ringan di Bilik Rehat Pegawai MK PMBTD serta penyerahan cenderahati oleh PMB TD kepada Mej Jen Dato’ Wira Tajri Alwi.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12682,12687,12683,12685,12684,12686,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online