SemasaTrup TD

Dialog TN50D Peringkat 10 Bgd (Para)

MELAKA: Seramai 500 pegawai dan Lain-Lain Pangkat (LLP) 10 Bgd (Para) telah menyertai Sesi Transformasi Nasional 2050 Pertahanan (TN50D) dengan jayanya di Dewan Serbaguna, Kem Terendak pada 31 Okt 2017.

Ketua Staf Am Mk 10 Bgd (Para) telah bertindak sebagai moderator manakala Panglima 10 Bgd (Para) sebagai Panel. Sebanyak 573 Aspirasi yang berlandaskan kepada 5 teras utama MINDEF telah dikongsikan oleh anggota Briged ini.

Antara intipati ucapan Panglima 10 Bgd (Para) adalah mengenai keperluan setiap warga untuk turut melakukan transformasi minda dan mempersiapkan mental ke arah menjana kecemerlangan dimasa hadapan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar Panglima 10 Bgd (Para) bersama peserta.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button