HUTSemasa

KPTD Terus Kukuh Di Usia 64 Tahun

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pegawai dan 179 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) diketuai oleh Lt Kol Roslan Ali terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun KPTD Ke-64 yang disempurnakan Pengerusi KPTD, Brig Jen Hj Mislan Anuar di Padang Kawad Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT) pada 12 Nov 2017.

Ketibaan Pengerusi KPTD disambut oleh Pengarah KPTD, Kol Azman Selamat lalu menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan yang terdiri daripada empat detasmen.

Dalam perutusan Pengerusi KPTD, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada pucuk pimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat (TD) atas segala bantuan dan kerjasama serta sokongan kepada KPTD.

Jutaan terima kasih kepada warga TD khasnya KPTD yang terus cemerlang dalam tugas kepolisan, unggul dalam disiplin, kekal relevan dan tidak ketinggalan dalam arus kemajuan perdana TD masa kini dan masa akan datang,” ujar beliau.

Terdahulu dari itu, Pengerusi KPTD menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia kepada 17 anggota LLP dan Pingat Kebaktian kepada tiga anggota Askar Wataniah (AW), Anugerah Olahragawan dan Olahragawati KPTD Tahun 2017 kepada Kpl Nazrol Hashim atas pencapaiannya memperolehi pingat emas dalam Kejohanan Menembak TD dan Kpl Norina Damnoen yang memperolehi pingat emas dan perak ketika mewakili ATM dalam Kejohanan Olahraga MAKSAK Kebangsaan.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan KPTD, ia ditubuhkan pada 4 Dis 1950 dan seramai sembilan anggota Rejimen Askar Melayu dilantik untuk mengambil alih tugas-tugas provos dalam tentera seterusnya pada 12 Nov 1953, pasukan Polis Tentera Askar Melayu ditukarkan kepada Polis Tentera Diraja (RMP) dan markas Kompeni Polis Tentera pertama telah ditubuhkan.

Peranan KPTD semasa aman ialah membantu TD dalam proses berlatih untuk berperang dengan melaksanakan bantuan tugas polis tentera, mengekalkan moral serta disiplin tinggi dalam kalangan anggota tentera dengan pelaksanaan menguatkuasakan undang-undang dan disiplin, mencegah jenayah, mengesan jenayah serta menangkap penjenayah serta memberi bantuan kepada semua anggota tentera sama ada yang bertugas ataupun tidak sekiranya diperlukan.

Manakala dalam masa peperangan pula, KPTD menyediakan bantuan taktikal polis tentera kepada TD dalam semua fasa operasi, menguatkuasakan undang-undang serta mencegah jenayah dan memberi bantuan dalam mengawal pelarian dan keciciran perang.

Acara diteruskan dengan Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan Veteran Kor Polis Tentera (VEKOPT) sebagai satu usaha bagi meringankan beban untuk kesejahteraan pesara KPTD.

Turut hadir, Penasihat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sembilan, Brig Jen Dato’ Mohamad Shahrom Mohamad, Pengarah Kolej PTT, Kol Inderjit Singh Bachan Singh, Ketua Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ), Kol Abdul Wahab Geoh dan veteran KPTD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online