SemasaTrup TD

18 RAMD (Para) Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Terengganu

TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu merekodkan peningkatan kepada 503 orang daripada 149 keluarga setakat jam 2000 semalam tadi berbanding hanya 49 orang daripada 12 keluarga pada pagi tadi.

Peningkatan mangsa banjir itu menyaksikan pembukaan 8 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Nerus mulai pagi tadi, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Marang merekodkan jumlah mangsa banjir teramai, iaitu 358 orang (107 keluarga) yang kini berada di 4 PPS, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing, SK Marang dan SK Pasir Putih.

Mengikut laporan portal Info Banjir, seramai 45 orang (15 keluarga) ditempatkan di sebuah PPS di Kuala Terengganu iaitu di SK Chendering, manakala 34 orang (sembilan keluarga) dipindahkan ke sebuah PPS di Dewan Sivik Paka, Dungun.

Di Kuala Nerus pula, 45 orang (12 keluarga) dipindahkan ke 2 pusat pemindahan, iaitu SK Bukit Nenas dan SK Bukit Guntong.

Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD Para) tidak ketinggalan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu dengan kehadiran mereka di lokasi-lokas yang terlibat.

Gambar: 18 RAMD (Para)

[srizonfbalbum id=45]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online