Semasa

18 RAMD (Para) Berlatih Menghadapi Bencana Banjir

TERENGGANU: Seramai dua pegawai dan 35 anggota Lain Lain Pangkat (LLP) dari 18 RAMD (Para) terlibat dalam latihan kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir peringkat daerah Dungun yang melibatkan 45 staf PBA bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 120 orang pemimpin dan Komuniti setempat diadakan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja, Dungun pada 3 Dis 2017.

18 RAMD (Para) diletakkan di bawah perintah MK 8 Bgd bagi OP MURNI, membantu Pihak Berkuasa Awam (PBA) bagi daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun. Latihan ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Pengurusan Banjir Negeri Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Latihan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Dungun, Tuan Haji Ibrahim Mohamad bertujuan menyelaras pengurusan bencana banjir dan memberi kefahaman berkaitan aliran carta tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak yang terlibat.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online