2 DivSemasa

Program Khatan Anak-Anak Syurga Peringkat 2 Div

PULAU PINANG: Seramai 105 kanak-kanak berumur antara 5 hingga 13 tahun telah menyertai Program Khatan Anak-Anak Syurga yang dirasmikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Ramli Jaafar di Sekolah Rendah Kebangsaan Bayan Lepas pada 7 Dis 2017.

Acara berkhatan beramai-ramai ini dianjurkan oleh Badan Dakwah Kebajikan Masjid Bayan Lepas dengan kerjasama Cawangan Kesihatan MK 2 Div dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bayan Lepas.

Tahun ini merupakan tahun yang keempat Program Khatan ini dianjurkan dan mensasarkan anak-anak yatim dan fakir serta melibatkan anak- anak tentera sekitar kawasan kariah Masjid Bayan Lepas.

Dalam ucapan perasmian oleh Panglima 2 Div, beliau turut mengisytiharakan Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas sebagai sekolah angkat kepada MK 2 Div.

Jurumudim adalah dari gabungan pasukan 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut dan B Komp 2 Bn Ubat yang mana dimulakan dengan perarakan peserta berkhatan serta diiringi paluan kompang dan upacara siraman pancutan air dengan menggunakan jentera Pasukan Bomba dan Penyelamat Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online