4 DivSemasa

4 Div Bantu Sekolah Tahfiz Al-Habbah

SELANGOR: Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) melaksanakan Program Jiwa Murni di Sekolah Tahfiz Al-Habbah, Batu Caves yang melibatkan Briged Ke-11 Infanri Malaysia dan Briged Ke-12 Infantri Malaysia termasuk semua trup divisyen pada 10 Dis 17.

Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi turut serta di dalam program ini serta lawatan di sekitar kawasan pusat tahfiz bagi melihat tempat-tempat yang boleh ditambah baik.

Antara program yang dijalankan adalah mengecat bangunan, pemeriksaan kesihatan, sesi motivasi bersama anak-anak tahfiz dan juga pameran ketenteraan. Turut diadakan acara menanam pokok di hadapan pusat tahfiz dan membina ampaian untuk kegunaan harian pelajar-pelajar tahfiz.

Pada sesi penyampaian sumbangan Panglima 4 Div telah mengumumkan satu tabung akan dilancarkan di Masjid Muhammad Al-Fateh Kem Wardieburn bagi mengumpul dana untuk membantu pusat Tahfiz tersebut dan berhasrat mengambil Pusat Tahfiz Al-Habbah sebagai sekolah anak angkat kepada MK 4 Div.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online