SemasaSukanTrup TD

Pertandingan Tinju (Novis) Peringkat 10 Bgd (Para)

MELAKA: Pertandingan Tinju (Novis) Peringkat 10 Bgd (Para) telah dilaksanakan mulai 12 Dis hingga 15 Dis 2017 di Melaka dengan Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (9 RAMD (Para)) sebagai penganjur.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru bagi mewakili briged ke Pertandingan Tinju TD disamping untuk memupuk semangat pahlawan dan keberanian di kalangan anggota 10 Bgd (Para).

Sebanyak sembilan kategori utama yang dipertandingkan iaitu Light Fly, Bantam, Light, Light Welter, Welter, Middle, Light Heavy dan Heavy. Kategori lain yang turut dipertandingkan adalah kategori Pegawai Bawah 64 kg, Pegawai Atas 64 kg, PTTK Bawah 64 kg dan PTTK atas 64 kg.

1190456 Gnr Darul Ikhlaq bin Mohamed telah dinobatkan sebagai Peninju Terbaik dari Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para) manakala 1177075 Pbt Muhammad Shazril bin Badrul Shah dari 9 RAMD (Para) pula telah dinobatkan sebagai Peninju Berpotensi. Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) telah berjaya menjadi johan keseluruhan pertandingan.

Majlis Penutupan Pertandingan Tinju (Novis) Peringkat 10 Bgd (Para) dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para) diiringi oleh Pegawai Memerintah dan Pemerintah dibawah naugan.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online