3 DivSemasa

Panglima 3 Div Berdialog Brsama Warga 7 Bgd Zon Tengah

JOHOR: Seramai 30 pegawai dan 600 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari pelbagai pasukan di bawah perintah dan pentadbiran 7 Bgd terlibat dalam Sesi Dialog Panglima 3 Div bersama warga 7 Bgd pada 4 Jan 2017 di Dewan Mahkota, Kem Mahkota, Kluang.

Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dalam ucapannya mengingatkan kepada semua anggota agar sentiasa mensyukuri kelebihan sebagai seorang anggota tentera dan sentiasa tanamkan sayang kepada perkhidmatan serta turut berkongsi pengalaman bersama anggota yang hadir tentang kerjaya beliau selama 37 tahun dalam ATM.

Dalam pada itu, turut ditekankan kepada anggota agar mengambil peluang dengan faedah dari program-program yang diperkenalkan oleh ATM seperti Skim Anuiti Veteran(SAVe), Skim Lanjutan Tempoh Perkhidmatan 21 Tahun terus ke 26 Tahun dan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR).

Selain itu, dalam sesi soal jawabnya bersama anggota-anggota yang hadir turut mengingatkan anggota agar terus berkhidmat dengan penuh semangat sehingga menikmati pencen perkhidmatan.

Turut hadir Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Hassan Loman dan Komander Artileri Divisyen, Brig Jen Dato’ Hj Nordin Hj Salleh.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online