4 DivBAKATSemasa

Lawatan Kebajikan BAKAT Gabungan 4 Div

KUALA LUMPUR: BAKAT Gabungan 4 Divisyen telah mengadakan program yang berkonsepkan kebajikan dan kali ini lebih tertumpu kepada anak anggota yang mengalami masalah kesihatan. Pengerusi BAKAT Gabungan 4 Div, Puan Syarifah binti Hussain diiringi Pegawai Memerintah 4 Rej KPTD, Lt Kol Maslina Abu Said bertempat di Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang pada 13 Feb 2018.

“Lawatan Kebajikan” yang merupakan program amal buat anak-anak anggota yang bermasalah dari segi kesihatan dan anak anggota yang baru dilahirkan. Sumbangan yang diberikan dalam bentuk wang tunai dan keperluan seharian.

Antara keluarga anggota yang telah dilawati ialah Kpl Noorazliawaty Romali, anak kepada anggota ini mengalami masalah paru-paru sebelah tidak mengembang. Kpl Mohd Hazemi Ab Aziz, anak kepada anggota ini mengalami jangkitan kuman di selaput otak dan Lt Mohd Ariffudin Mohd Yunus, isteri kepada pegawai ini baru melahirkan anak pertama mereka.

Turut hadir bersama Ajutan Rej 4 KPTD, Kpt Aisyah Mohammad serta Pegawai Gaji Kem 4 Div, Lt Nur Sharmiza Nazuri.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online