SemasaSukan

Penyerahan Bendera kepada Tim SMD Tp TD 1

MELAKA: Seramai seorang pegawai dan 24 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Upacara Penyerahan Bendera kepada Tim Seni Mempertahankan Diri (SMD) Tp TD 1 yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim pada 29 Jun 2018 di MK10 Bgd (Para).

Kejohanan SMD Peringkat TD pada tahun ini akan berlangsung di Kem Wardieburn Kuala Lumpur bermula dari 2 hingga 6 Jul 2018.

Pada masa sama turut diadakan penyerahan peralatan latihan SMD sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung.

Dalam ucapan Panglima 10 Bgd (Para), beliau menegaskan agar Tim SMD Tp TD 1 dapat memberikan komitmen dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan ini.

Beliau turut menyeru agar Tim SMD Tp TD 1 dapat mengekalkan kejuaraan yang diperolehi pada kejohanan yang lepas.

Turut hadir KS Am Mk 10 Bgd (Para), Pegawai Pemerintah 361 Bti RAD (Para) dan Pegawai Staf MK 10 Bgd (Para).

Gambar: SSjn Nazri Subari

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online