Bersama PemimpinSemasa

Sambutan Aidilfitri ATM Bersama Agong

KUALA LUMPUR: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V telah dihadiri seramai 3,000 warga ATM, kakitangan awam Kementerian Pertahanan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 3 Jul 2018.

Terdahulu ketibaan baginda disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin lalu sesi bergambar bersama barisan Panglima-Panglima Perkhidmatan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bertujuan mengeratkan serta mengekalkan hubungan silaturahim antara pegawai kanan, pegawai dan anggota ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang masih berkhidmat bersama bekas-bekas pegawai-pegawai tertinggi ATM dan bekas anggota cedera ATM.

Baginda yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut berkenan mengurniakan sumbangan raya kepada 53 pegawai dan anggota ATM yang mana tercedera semasa penugasan operasi dan latihan, terkena jerangkap samar dan terlibat dalam kemalangan semasa di dalam perkhidmatan suatu ketika dahulu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi Abd Manaf, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang dan pegawai kanan ATM.

[srizonfbalbum id=246]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online