Semasa

Kunjungan Hormat Pemerintah TD Diraja Brunei

KUALA LUMPUR: Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brig Jen Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed Awang Hj Lampoh melakukan Kunjungan Hormat ke atas rakan sejawatnya Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 3 Okt 2018.

Sebaik sahaja tiba di Perkarangan Wisma Pertahanan, Brig Jen Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed Awang Hj Lampoh disambut oleh PTD lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai serta 101 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Ahmad Safuan Jaafar.

Serba ringkas keperibadian Brig Jen Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed Awang Hj Lampoh, beliau merupakan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Ke-10 setelah pelantikan beliau pada 31 Jan 2018 yang lalu.

Selesai KKU, PTD mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada pegawai kanan dan dibawa ke Pejabat Operasi TD untuk mendengar taklimat lawatan serta menandatangani Buku Lawatan.

Turut hadir Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin, AKS CSM, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan pegawai kanan MKTD.

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online