Semasa

Lawatan Panglima 4 Div Ke KTJ Op Daratan

SABAH: Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi bersama Panglima 11 Bgd, Brig Jen Abdul Kadir Ahmad melakukan lawatan ke MK Ke-13 Bgd (ESSCOM) sempena lawatan beliau ke kawasan operasi di Lahad Datu pada 24 Jun 2017.

Panglima 4 Div telah diberikan taklimat berkaitan penugasan operasi oleh Panglima 13 Bgd (ESSCOM), Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Anwar Abdullah dan seterusnya telah meluangkan masa untuk berbuka puasa di Wisma Perwira 13 Bgd (ESSCOM) seterusnya bersama semua warga briged ke Surau Tunku untuk takbir raya.

Panglima 2 Div juga akan beraya bersama warga 25 RAMD yang kini sedang beroperasi di kawasan tanggungjawab disamping menyerahkan sumbangan beg raya kepada pegawai dan anggota yang sedang bertugas.

Turut hadir Timbalan Komder ESSCOM, Brig Jen Hamdan Ismail yang turut menyampaikan sumbangan raya dari MK ESSCOM kepada MK 13 Bgd (ESSCOM).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button