Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Tabung Ihya’ Ramadhan Tahun 2019 Dilancarkan

KUALA LUMPUR:  Seramai 1500 pegawai dan anggota Lain Lain Pangkat (LLP) dari ketiga -tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir dalam Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan disempurnakan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 3 Mei  2019.

Acara tahunan yang dikoordinasikan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) ini adalah bertujuan bagi menimbulkan semangat suka menderma dikalangan warga ATM dan juga Kementerian Pertahanan.

Menyemarakkan program Ihya’ Ramadhan pada bulan Ramadhan 1440H, pihak Tabung Zakat ATM turut menyampaikan sumbangan kepada 58 buah Masjid dan Surau Jumaat ATM serta Surau ATM dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 117,500.00.

Selain itu Tabung Zakat ATM juga turut memberikan sumbangan sebanyak RM 40,000 kepada Sekolah Tahfiz Anak-Anak Yatim ATM (STAY ATM) bagi menampung segala keperluan mereka.

Majlis diteruskan dengan Perasmian Gerobok Rezeki, hasil ilham Pengerusi KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat dengan kerjasama Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) bertujuan membantu golongan asnaf kurang berkemampuan yang bermastautin sekitar kawasan kariah.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang dan Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

Gambar Oleh: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online