Bersama PemimpinMK TDSemasa

RRD Terima Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempat di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 7 Ogos 2020.  

Serah Menyerah tersebut di antara Mantan Pengerusi RRD, Mej Jen Dato’ Md Din Hj Abu dengan Pengerusi RRD baharu, Mej Jen Dato’ Dzulkefli Mustaffa.

Mengimbas keperibadian Pengerusi RRD baharu, Mej Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa dilahirkan pada tanggal 23 Feb 1963 di Jitra, Kedah dan telah menamatkan latihan Pegawai Kadet pada 22 Ogos 1982 serta ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Renjer Diraja dan pasukan pertama beliau adalah di 3 RRD.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Norziati Hj Othman dan mempunyai tiga cahaya mata.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi dan Pengarah Infantri, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Huzaimi Sabri.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online