3 DivBersama PemimpinSemasa

PTD Melawat Adik Muhammad Haiziq

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain diiringi oleh Pengarah Kor Polis Tentera Diraja, Kol Muhammad Rafi Abd Kadir telah melaksanakan Lawatan Kebajikan ke atas adik Muhammad Haiziq Fitrie, iaitu anak kepada Kpl Mohd Indra Jamil dari pasukan 105 Kompeni KPTD pada 13 Nov 2020.

Anak anggota telah disahkan menghidap penyakit Type 1 Diabetes Mellitus oleh Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun 2016 dan memerlukan suntikan insulin setiap hari bagi mengawal keseimbangan glukos dalam badannya.

Selain itu, adik Muhammad Haiziq Fitrie memerlukan penjagaan berterusan disebabkan sakit yang dialaminya serta perlu mengikuti rawatan susulan sebulan sekali di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan mengikuti rawatan mata setahun sekali.

Di kunjungan ini, PTD telah menyampaikan sumbangan berbentuk hamper, barangan keperluan harian dan bantuan kewangan dari Tabung Kebajikan Tentera Darat bagi meringankan beban anggota sekeluarga. Lawatan kebajikan sebegini akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa, bersesuaian dengan Penekanan Tonggak Ke – 3 Panglima Tentera Darat yang memberi keutamaan terhadap keperluan kebajikan warga serta keluarga.

Turut hadir, Pegawai Memerintah 3 Rejimen KPTD, Lt Kol Nur Atika Aziz, Pegawai Pemerintah 105 Kompeni KPTD, Mej Juliet Iskandar Othman dan Sarjan Mejar Rejimen Kor Polis Tentera Diraja, PW 1 Md Nor Tumin.


Gambar: Sjn Mohd Sohaimi Abd Rahim

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button