SABAH: Seramai 20 anggota dari pasukan Lima Skuadron Semboyan Briged (5 SSB), 5 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (5 Komp KPD) dan Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja ( 3 RAMD) diketuai ole Sjn Mohd Fauzie Amin.Penugasan ini adalah bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah di bawah insiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk pengagihan bakul makanan menggunakan kenderaan dua buah trak tiga ton.Pergerakan membawa 2,000 unit bakul makanan tersebut dari Dewan Masyarakat Kota Kinabalu ke lokasi PKPD di kawasan Kg Numbak. Penugasan bantuan ini akan berterusan sehingga 18 Nov 2020. Selesai penugasan, demi langkah penjagaan kesihatan melalui standard operations standard (SOP), kesemua anggota dan kenderaan yang terlibat telah disanitasi bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Artikel Berkaitan
Lihat Juga
Close
-
57 PTTK TD Naik Pangkat PW I02-12-2024