MK TDSemasa

Kol Mohd Razali Alias Pengarah KRD Baharu

KUALA LUMPUR: Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad menyaksikan Serah Terima Tugas Pengarah Kor Risik Diraja (KRD) di Jabatan Arah Risik pada 18 Nov 2020.

Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas diantara Kol Hj Idros Hj Muhammad dengan Kol Mohd Razali Alias selaku Pengarah KRD Ke-20 yang baharu.

Mengimbas keperibadian Kol Mohd Razali Alias, beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Dis 1966 dan menceburi alam ketenteraan pada 1 Mac 1985.

Di sepanjang hampir 35 tahun lapan bulan usia perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam TD khasnya dan ATM amnya selain banyak menghadiri kursus di dalam mahupun luar negara serta telah mendirikan rumah tangga dengan Azarina Bakia dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Manakala bagi mantan Pengarah KRD, Kol Hj Idros Hj Muhammad akan bertukar keluar ke Seksyen Keselamatan Pembangunan Sempadan Thailand (SKPST) dan menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button