Bersama PemimpinMK LogistikSemasa

PTD Lawat Cawangan Cetak 91 DPOD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain melakukan lawatan ke Cawangan Cetak 91 Depot Pusat Kor Odnans Diraja (91 DPOD) pada 18 Nov 2020.

Ketibaan PTD ke 91 DPOD disambut oleh Pegawai Memerintah 91 DPOD, Kol Hj Mohd Athiyah Hj Hasan dan diiringi Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil.

Seterusnya, PTD dibawa untuk melawat dan melihat sendiri keadaan dan juga proses cetakan di 91 DPOD serta diberikan taklimat oleh Ketua Cawangan Percetakan, Kol Mohamad Jamian Hj Samuri berkenaan proses kerja dan juga fungsi-fungsi peralatan yang digunakan.

Acara diteruskan dengan Perasmian Galeri Contoh Borang ATM, Borang Awam dan Pencetakan Luar Skala di Cawangan berkenaan dan seterusnya PTD meluangkan masa bersama warga PLTD di dalam sesi dialog yag diadakan di Dewan Pusat Latihan Ordnans (PULNORD).

PTD dalam ucapannya mengingatkan kepada semua warga formasi PLTD untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada masa ini.

Di samping itu, beliau turut menuntut warga PLTD untuk terus komited dalam menjalankan tugas dan menguatkan lagi kepakaran yang sedia ada memandangkan PLTD merupakan diantara nadi utama Tentera Darat (TD).

Di akhir lawatan, PTD merasmikan Aplikasi Mobile E-Gerak di mana ianya adalah satu aplikasi yang membolehkan semua warga ATM dan Awam KEMENTAH mempunyai akses kepada intergrasi antara sistem e-transit dan sistem e-kuasa bagi permohonan berkaitan pergerakan Carter Udara ATM, penginapan transit, perkhidmatan feri dan kenderaan jenazah yang telah dilaksanakan sejak tahun 2015.

Turut Hadir, Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Dato’ Hj Hamdan Hj Ismail, AKS Sumber Manusia TD, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, AKS Perancangan Dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid, Asisten Ketua Staf Logistik TD, Brig Jen Roslan Hj Shaari dan Timbalan Panglima Log TD, Brig Jen Muhammad Arif Soo Abdullah.


Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button