Bersama PemimpinLatihanMK Latihan & Doktrin

Demonstrasi Kompetensi Bukti Warga TD Sentiasa Terlatih

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyaksikan Demonstrasi Kompetensi bertempat di Lapang Sasar Menyala Port Dickson pada 26 Nov 2020.

Terdahulu dari itu, PTD menerima Tabik Hormat dari Kontinjen Perbarisan yang terdiri daripada 10 pegawai dan 150 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Wisham Abd Hadi.

Seterusnya, PTD mendengar taklimat ringkas berkenaan Demonstrasi Kompetensi daripada Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Demonstrasi Kompetensi, Kol Saiful Bahari Zainol.

Demonstrasi ini bertujuan untuk memastikan latihan individu terlaksana seiring dengan Pembangunan Doktrin TD dengan mengaplikasikan latihan berasaskan kompetensi bagi memenuhi keperluan TD serta menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam mendidik dan melatih anggota TD.

Diantara Demonstrasi yang di pertontonkan adalah, Pengiring Bermotorsikal daripada Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), demonstrasi gabungan daripada Cawangan Tinjau dan Sniper serta demonstrasi daripada Cawangan Serigala PULADA.

Di samping itu, acara juga diisi dengan demonstrasi dari Institut Kejuruteraan Medan (IKEM) yang mempamerkan kepakaran Menubuhkan Pusat Kawalan, Merancang Prosedur Pembersihan yang menunjukkan pendekatan membuat tinjauan secara rapat menggunakan Remote Explosive Ordnance Disposal iaitu sejenis I-Robot Pacbot 510 buatan Amerika Syarikat yang berfungsi mencari dan meneutralkan IED sebelum melaksanakan Prosedur Pembersihan.

Selain itu, turut mengambil bahagian adalah Pusat Latihan Armor (PULAMOR) yang menunjukkan kepakaran Aturgerak Trup Pengawasan, Pusat Latihan Artileri (PUSARTI) yang mempamerkan Demonstrasi Kawad Tindak Cepat, Demonstrasi Unexploded Ordnance (UXO) daripada Pusat Latihan Kor Ordnans (PULNORD) serta Demonstrasi Blue Force Tracking dan Kawad Detasmen Radio Dari Institut Komunikasi dan Elektronik (IKED).

Di akhir acara, PTD dianugerahkan Lencana Kehormat Tinjau Infantri serta penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Panglima Latihan TD, Mej Jen Datuk Nazari Abdul Hadi.

Turut Hadir, Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, AKS Perancangan Dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid, AKS Logistik TD, Brig Jen Roslan Hj Shaari dan Inspektorat Jen TD, Brig Jen Dr Kwong Fook Wen.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button