3 DivBersama PemimpinLawatanSemasa

Lawatan Ulung PTD Ke MK 3 Div

MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain melakukan Lawatan Ulung ke Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) pada 29 Dis 2020.

Lawatan ini sempena dengan pelantikan beliau sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 yang lalu.

Sebaik ketibaannya, beliau disambut oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) diketuai oleh Mej Ahmad Asmawi Rosli melibatkan tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Selesai pemeriksaan KKU, beliau diperkenalkan kepada Panglima-panglima Formasi, Pegawai-pegawai Memerintah di bawah naungan Formasi 3 Div dan Pegawai-pegawai Staf MK 3 Div.

PTD kemudiannya diberikan taklimat berkenaan Operasi, Pentadbiran dan Logistik oleh Panglima 3 Div.

Acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Saguhati Kepada Veteran dan Anggota Cedera bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-87 Tahun 2020.

Seramai sembilan Veteran ATM dan seorang anggota TD telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh PTD.

Turut hadir Panglima 4 Div selaku Pemangku Panglima Medan Barat Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan, AKS Sumber Manusia dan AKS Perisikan.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online