Bersama PemimpinSemasa

Laksanakan Tugas Dengan Penuh Kejujuran, Keikhlasan Dan Integriti – PTD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) bertempat di Wisma Perwira TD, Kem Perdana, Sungai Besi pada 4 Jan 2021.

Majlis kenaikan pangkat melibatkan seramai 25 pegawai kanan dari pelbagai Kor dan Rejimen yang mana majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat Kol ke Brig Jen didahului oleh Kol Nubli Hashim yang menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Am, Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK).

Acara diteruskan dengan kenaikan pangkat Lt Kol ke Kol iaitu Lt Kol Norhelmi Ismail yang menjawat jawatan sebagai Komander Rejimen Jurutera, Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 2 Divisyen dan Lt Kol Normin Mohd Shahar menjawat jawatan sebagai Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) diikuti seramai 22 pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD, beliau menyeru kepada pegawai kanan yang dinaikkan pangkat untuk membalas kepercayaan yang diberi dengan menyerahkan seluruh jiwa dan raga serta memberi sepenuh tumpuan kepada perkhidmatan.

“Kecemerlangan seseorang pemimpin terserlah oleh tindakan yang diambil olehnya,” kata PTD.

PTD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai kanan yang dinaikkan pangkat serta berharap agar dapat menjalankan tugas dan memikul amanah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi TD.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan Dr Md Amin Muslan, dan Pemangku Panglima Medan Barat Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Yaacob Hj Samiran

Gambar: Pbt Mohamad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button