Covid19SemasaTentera Bersama Rakyat

1 RAMD Dan 91 RAJD Diatur Gerak Pasang Concertina Wire

KUALA LUMPUR: Tentera Darat (TD) telah mengatur gerakkan seramai 109 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rejimen Bantuan RAJD) bagi pemasangan concertina wire di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau pada 22 Mei 2021.

Setelah membuat penilaian risiko wabak COVID-19 bersama pelbagai agensi dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokasi penempatan tersebut mulai 23 Mei hingga 5 Jun 2021 berikutan seramai 59 penduduk disahkan positif COVID-19 selepas 150 orang disaring di kawasan berkenaan.

Penugasan ini diketuai oleh Pegawai Gerak 1 RAMD, Mej Mohd Izham Ahmad Rashidi yang bertanggungjawab mengatur gerak anggota melaksanakan pemasangan concertina wire serta membuat kawalan dan pemerhatian ke atas kawasan tersebut bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta memastikan semua penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

Atur gerak ini bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam di mana kerjasama yang dijalinkan mampu meningkatkan tahap kebolehupayaan dan kepatuhan masyarakat dalam bekerjasama bersama petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19 ini.

Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online