Bersama PemimpinLatihanMK Latihan & DoktrinSemasa

63 Pegawai Kanan Tamat MPAT

PUTRAJAYA: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menyempurnakan Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 41/2021 di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pada 23 Dis 2021.

Seramai 63 penuntut terdiri dari 32 pegawai Tentera Darat (TD), 11 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 11 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), seorang Pegawai Tadbir Diplomatik dari Kementerian Pertahanan dan lapan pegawai tentera dari tujuh buah negara terlibat Kursus MPAT yang dikendalikan dalam tiga semester bermula 4 Jan 2021.

Kursus ini merupakan program kolaborasi strategik di antara MPAT dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menawarkan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) kepada para penuntut.

Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik dinobatkan kepada Lt Kol Ir. Suthan Venkatachalam dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Anugerah Akademik Terbaik diraih Senior Lt Kol Fan Mun Poh dari Tentera Darat Singapura manakala Anugerah Kertas Kajian Terbaik diberikan kepada Lt Kol Norhisham Hassan dari Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Mohammad Ab Rahman.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button