5 DivBersama PemimpinMINDEFSemasa

Menteri Kanan Pertahanan Santuni Warga 5 Div

SABAH: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukan lawatan ke atas warga Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Paradise dan Kem Lok Kawi pada 22 Okt 2022.

Menteri Kanan Pertahanan memulakan lawatan dengan menyantuni pegawai dan anggota Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) dan Rejimen Kelima Kor Armor Diraja (5 KAD) yang sedang melaksanakan Eksesais STALION STEEL di Jalan Tambulion, Kota Belud.

Lawatan kemudian diteruskan ke Kem Paradise dan disambut Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd), Brig Jen Saiful Bahari Zainol sebelum menyantuni warga 5 Bgd.

Seramai empat anggota 5 Bgd menerima bantuan kebajikan yang didahului Kpl Usman Munir dari Kem 5 Bgd yang mengalami masalah buah pinggang dan masih menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Penerima kedua, anak lelaki kepada Sjn Jayaffandy Jilo dari Unit Lapang Sasar Kota Belud (ULSKB) iaitu Jessceko Jayaffandy berusia tiga tahun yang menghadapi masalah pada salur darah utama jantung dan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2.

Penerima ketiga pula ialah anak lelaki kepada Bdr Rodzlie Ubing iaitu Rowenddy Rodzlie berusia sembilan tahun yang menghidap Autism Spectrum Disorder with Congenital Bilateral Foot dan kini menjalani rawatan di Hospital Kota Belud.

Penerima terakhir ialah anak lelaki kepada Kpl Nazaruddin Jamaluddin dari 3 RAMD iaitu Muhammad Afiq Nazaruddin berusia 13 tahun yang menghidapi masalah pembelajaran serta Hyperactive Disorder dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Lawatan diteruskan lagi ke Kem Lok Kawi untuk melihat prasarana dan kemudahan di sekitar kem sebelum sesi berakhir di Dewan Kinabalu.

Menteri Kanan Pertahanan turut menyampaikan bantuan kebajikan kepada lima anggota 5 Div yang didahului isteri kepada LBdr Muhammad Khairol Haizad Zuhairi dari Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD) iaitu Puan Uzwatun Asanatun Mohd Hafis yang mengalami masalah jantung berlubang dan sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu dengan kekerapan setiap enam bulan.

Penerima kedua merupakan anak lelaki kepada PW II Lokman Mohd Alip dari Kompeni Kelima Kor Polis Tentera Diraja (5 Komp KPTD) iaitu Muhamad Zulyahya berusia 12 tahun yang mengalami masalah pertuturan, keseimbangan badan dan tumbesaran sejak lahir.

Penerima ketiga ialah anak lelaki kepada Sjn Muhd Shamri Abdul Sami dari 3 RAMD iaitu Muhammad Amru Faiz berusia enam tahun yang menghidap Syndrome Down dan menjalani rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.

Isteri Sjn Hasrudin Rasin dari 6 RAD iaitu Puan Farizawati Mohd Pakhry merupakan penerima keempat yang sedang menghidapi ketumbuhan pada otak dan kini dalam rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2.

Penerima terakhir di Kem Lok Kawi merupakan anak perempuan kepada Kpl Sabinus Saujin dari 5 Komp KPTD iaitu Selstty Shareen berusia 14 tahun yang mengalami Dystonic Cerebral Palsy iaitu masalah pertuturan dan fizikal sejak lahir.

Lawatan diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama pegawai dan anggota 5 Div.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf (AKS) Perkhidmatan Anggota ATM, Mej Jen Dato’ Arman Rumaizi Hj Ahmad, AKS Operasi dan Latihan, Mej Jen Malek Razak dan pegawai-pegawai kanan TD.

#KesejahteraanWargaTD

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online