Semasa

TD Dan JKR Berganding Bahu Membantu Penduduk Felda

PAHANG: Jambatan yang menghubungkan Felda Selancar 6 ke Felda Selancar 3 telah roboh disebabkan hakisan tanah runtuh dan arus deras sungai pada 1 Mac 2023 susulan hujan lebat berterusan.

Seramai dua pegawai dan 29 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen (RAJD 3 Div) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diaturgerakkan bagi memasang panel jambatan sementara Compact Bailey Acrow 700 di Kampung Felda Selancar pada 4 Mac 2023.

Hasil kerjasama ini, pihak JKR negeri Pahang telah menyediakan barang keperluan bagi menyempurnakan proses pemasangan jambatan sementara tersebut.

Usaha sama ini selari dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi dan Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husien

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online