Bersama PemimpinSemasa

Bengkel Pegawai Kerja Kaunseling TD

KUALA LUMPUR: Seramai 41 pegawai Tentera Darat (TD) terlibat dalam Bengkel Pegawai Kerja Kaunseling (PKK) TD Siri 1/23 yang disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Markas Tentera Darat-Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman di Dewan Tanjung, Wisma Transit TD pada 9 Mei 2023.

Bengkel ini dilaksanakan dalam bentuk syarahan dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dibimbing seramai 10 orang penceramah dan fasilitator.

Para peserta diberi pengetahuan dalam melaksanakan bimbingan dan intervensi awal berpandukan prinsip kaunseling serta didedahkan tentang pengurusan kes-kes psikologi kritikal di pasukan.

Turut hadir, Pengarah Dasar dan Pembangunan, Kol Zulhelmi Masdar, Pengarah Tadbir dan Kebajikan, Kol Dr. Nizlan Mohamed dan Pegawai Staf 1 R&D Psikologi, Lt Kol Rosnita Ramlee.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online