SemasaSukan

Kejohanan Ragbi Antara Kor Dan Rejimen TD Tahun 2023

NEGERI SEMBILAN: Kejohanan Ragbi Antara Kor dan Rejimen membuka tirai bagi tahun 2023 yang dirasmikan oleh Pengarah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) merangkap Pengerusi Persatuan Ragbi Tentera Darat (TD), Brig Jen Ins Ts Dr Hj Shahril Hj Ahmad di Padang Ragbi Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) pada 9 Mei 2023.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari iaitu bermula dari 9 hingga 12 Mei 2023 ini mempertandingkan sebanyak 13 pasukan daripada kor dan rejimen TD.

Gimik perasmian pembukaan kejohanan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Ragbi TD dengan menyerahkan bola ragbi kepada Ketua Pengadil.

Turut hadir, Komandan IJED, Lt Kol Muhammad Ammar Farhan @ Brorey dan Pegawai Staf 1 Am KJLJD, Lt Kol Zulkarnain Zabil.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Nik Muhammad Asyraaf Nik Husien

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online