Semasa

PTD Dianugerahkan Beret Kehormat PUTD

JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dianugerahkan Beret Kehormat Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang disempurnakan oleh Pengarah PUTD, Brig Jen Mohd Zaki Abu di Rejimen 883 PUTD pada 29 Ogos 2023.

Penganugerahan Beret Kehormat ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan kepada pemimpin tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya PTD selaku pemerintah tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM).

Majlis kemudian diteruskan dengan lawatan ke bilik simulasi Flight Training Device MD530G dan simbolik menanam pokok sebelum diakhiri dengan jamuan makan di Wisma Perwira PUTD.

Turut hadir, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid dan Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia, Brig Jen Mohamad Suria Mohamad Saad.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online