Semasa

Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim TPTD Ke-27

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) di antara Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim diadakan di Pejabat TPTD pada 6 Sep 2023.

Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim merupakan mantan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD) yang dilantik menjadi TPTD Ke-27 bagi menggantikan Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Beliau yang dilahirkan pada 30 Jan 1970 di Kuala Terengganu telah menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 19 Ogos 1988 sebelum dipilih menjalani Latihan Pegawai Kadet Luar Negara di Officer Cadet School (OCS), Singapore Armed Forces Training Institute (SAFTI) pada tahun 1989 dan ditauliahkan ke Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban pada 6 Jun 1990.

Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan TD

Gambar: Pbt Muhamad Shafirin Md Radzi

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online