Bersama PemimpinLatihanSemasa

Pertahankan Beret Hijau Hingga Titisan Darah Terakhir – Panglima 21 GGK

MELAKA: Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah mengingatkan kepada semua perajurit supaya mempertahankan keagungan beret hijau yang dijunjung di kepala hingga ke titisan darah yang terakhir.

“Keagungan beret hijau perlu sentiasa dipelihara kerana ianya merupakan maruah dan lambang kebanggaan Gerak Khas.

“Saudara-saudara perlu sentiasa membuktikan bahawa anda semua benar-benar layak memakainya dengan terus kekal menjaga imej sebagai Special Forces Operators yang profesional dan kompeten,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perbarisan Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2023 dan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas di Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 28 Jan 2024.

Tambah Panglima 21 GGK lagi, seorang anggota beret hijau adalah wira yang sentiasa berdisiplin tinggi, patuh, taat kepada arahan dan peraturan ketenteraan serta berpegang teguh kepada sumpah perajurit komando seperti mana yang dilafazkan.

“Amat malang sekali jika beret hijau yang dianugerahkan kepada saudara-saudara terpaksa dilucutkan secara keji disebabkan masalah tatatertib seperti penyalahgunaan dadah, Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) atau melakukan perbuatan bertentangan dengan peraturan.

“Oleh itu, jagalah maruah beret hijau daripada dicemari dengan perbuatan sia-sia yang akan merugikan segala pengorbanan anda semua yang telah bertungkus lumus untuk mendapatkannya,” pesan Panglima 21 GGK.

Terdahulu majlis dimulakan dengan demonstrasi penyusupan melalui perairan untuk melaksanakan tinjauan ke sasaran, serbuan menyelamatkan tawanan perang yang dipersembahkan oleh penuntut Kursus Asas Komando, pertunjukan seni mempertahankan diri, upacara Penganugerahan Beret Hijau Keagungan Gerak Khas, Diploma Komando dan Pisau Komando.

Acara diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencemar duli menyaksikan rakan kadet semasa di Royal Military Academy Sandhurst pada tahun 2022/2023 iaitu Lt Mohamad Haikal Rosli yang merupakan Penuntut Terbaik Kursus Asas Komando Siri 2/2023.

Lt Mohamad Haikal Rosli yang juga dilahirkan di Kampung Nelayan, Kuala Kedah merupakan anak kedua dari dua beradik menerima pendidikan awal di Sek Ren Keb Methodist ACS, Lumut dan meneruskan pendidikan menengah di Maktab Rendah Sains Mara Langkawi, Kedah serta melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau secara sukarela menyertai Latihan Pegawai Kadet di UPNM dan meneruskan Latihan Pegawai Kadet di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom sebelum ditauliahkan pangkat Lt M pada 16 Apr 2023 dan dipilih menyertai Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para).

Pada awalnya seramai 14 pegawai dan 242 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah melapor bagi mengikuti Kursus Asas Komando, namun hanya 10 pegawai dan 89 anggota LLP yang berjaya menamatkan latihan dan dianugerahkan beret hijau.

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YAM Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disampaikan oleh Panglima 21 GGK.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mej Jen Dato’ Hj Fazal Hj Abdul Rahman, Ketua Staf Am MK 21 GGK, Brig Jen Ahmad Suhaimi Mat Wajab, Ketua Staf Perkhidmatan MK 21 GGK, Brig Jen Samsyawal Muhamad dan Komandan PULPAK, Kol Zulkinine Yunus.

Gambar: Lt M Riffat Mohd Yusof, LKpl Mohammad Shukri Suhaimi, LKpl Mohammad Fadzil Akirul & LKpl Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online