KeganasanRencana

Pertubuhan Hizbut Tahrir: Mengapa Ia Perlu Ditolak

[dropcap]P[/dropcap]ertubuhan Hizbut Tahrir adalah merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang bergerak cergas di Malaysia pada hari ini. Di Malaysia ia dikenali sebagai Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). Hizbut Tahrir adalah bahasa arab yang membawa maksud Parti Pembebasan. Pertubuhan ini bukan sekadar bermotifkan politik untuk mengambil alih pemerintahan negara-negara di dunia khususnya bagi negara-negara di bawah pemerintahan Muslim bagi membentuk dan mengembalikan pemerintahan negara Islam berkhalifah bahkan ia juga melampaui kepada hal ehwal kefahaman agama yang mana ianya tersasar dari landasan kefahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pertubuhan ini ditubuhkan di Palestin dan sekarang dalam peringkat menyebarkan kefahaman dan ideologi mereka kepada masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk negara Malaysia.

LATAR BELAKANG HIZBUT TAHRIR

Pengasas Hizbut Tahrir

Pertubuhan ini diasaskan oleh Sheikh Taqiyudin bin Ibrahim An-Nabhani (1909M – 1979M) kelahiran Ijzim, sebuah kampung di daerah Haifa, Palestin. Beliau membesar dalam suasana pengaruh agama di sekelilingnya. Mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri iaitu seorang alim yang faqih dalam agama. Ibunya juga menguasai beberapa cabang ilmu agama yang diperolehi dari datuknya Syeikh Yusuf bin Ismail bin Yusuf an-Nabhani.  Setelah tamat pendidikan awal di peringkat sekolah di kampungnya beliau melanjutkan pendidikannya ke Universiti Al-Azhar dan Darul Ulum Mesir. Pernah menjadi guru dan hakim di beberapa Kota di Palestin. Setelah peristiwa kejatuhan Palestin ke tangan Yahudi pada 1948, ia bersama keluarganya meninggalkan kampung halamannya menuju ke Beirut. Kemudian ia diangkat menjadi Hakim di mahkamah Syariah Al-Quds.

Sheikh Taqiyudin An-Nabhani

Pada tahun 1952 Sheikh Taqiyudin An-Nabhani menubuhkan parti Hizbut Tahrir dan berusaha memimpin partinya dengan penuh penumpuan. Beliau juga menerbitkan buku dan risalah-risalah yang secara keseluruhannya merupakan sumber pengetahuan dasar-dasar partinya. Beliau hidup berpindah-randah antara Jordan, Syria dan Lubnan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979 dan dikebumikan di Beirut.

Konsep Pertubuhan Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah parti politik yang berideologikan Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan berjuang bersama-sama mereka untuk menjadikan Islam sebagai agama yang perlu ditegakkan serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem pemerintahan khilafah dan menegakkan hukum Allah.

Metodologi Dakwah Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir mendakwa bahawa metodologi dakwah mereka adalah berdasarkan sirah Rasulullah SAW, iaitu melalui tiga tahap berikut:

  • Pertama: Tahap pembinaan dan pengkaderan (Marhalah At Tasqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam rangka pembentukan kerangka tubuh parti.
  • Kedua: Tahap berinteraksi dengan umat (Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajipan dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai agama yang ditegakkan dan berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.
  • Ketiga: Tahap mengambil alih kuasa (Marhalah Istilam Al-Hukm), yang dilaksanakan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang   risalah Islam ke seluruh dunia. Hizbut Tahrir berpendapat dalam tahap ketiga mereka harus meminta bantuan ketua negara, panglima tentera, pimpinan jamaah, ketua kaum  atau seumpamanya.
Sumber Yang Menjadi Dasar Pemikiran Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hakam tertentu yang di anggap sesuai dengan perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya iaitu untuk mendirikan Daulah Khilafah dan mengangkat seorang Khalifah. Idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun dalam pelbagai buku, booklet mahupun naskah-naskah yang diterbitkan dan disebarkan kepada umat. Antara buku-buku rujukan mereka adalah seperti berikut:

  • Nizamul Islam (Peraturan Hidup Dalam Islam).
  • Nizamul Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Dalam Islam).
  • Nizamul Iqtisodi Fil Islam (Sistem Ekonomi Dalam Islam).
  • Nizamul Ijtima’eiy Fil Islam (Sistem Kemasyaratan Dalam Islam).
  • At-Takattul Hizbi (Pembentukan Parti Politik).
  • Mafahim Hizbut Tahrir (Dasar Kefahaman Hizbut Tahrir).
  • Daulatul Islamiah (Negara Islam).
  • Al-Khilafah (Sistem Khilafah).
  • Syakhsiah Islamiah -3 Jilid (Keperibadian Islam).
  • Mafahim Siyasiyah Li Hizbut Tahrir (Dasar Kefahaman Politik Hizbut Tahrir).
  • Nazorat Siyasiyah Li Hizbut Tahrir (Pandangan-pandangan Politik Hizbut Tahrir).
  • Kaifa Hudimatil Khilafah (Bagaimana Khalifah Diruntuhkan).
  • Al- Amwal Fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan Negara Khilafah).
  • Nizamul U’qubat Fil Islam (Sistem Hukuman Dalam Islam).
  • Ahkamul Bayyinat (Hukum –hukum Pembuktian).
  • Muqaddimatu Ad- Dustur (Pengantar Perlembagaan).
Dalil Pegangan Hizbut Tahrir Tentang Kewajipan Membentuk Negara Islam Berkhalifah

Hizbut Tahrir ingin mengembalikan dan membentuk semula pemerintahan Daulah Islamiah (Negara Islam) yang dipimpin oleh seorang Khalifah bagi mewakili seluruh negara umat Islam. Kewajipan untuk membentuk negara Islam bersandarkan pegangan mereka pada sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyebut:

:عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، فتكون ما شاء الله أن تكون،  يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكا عاضا، فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون ملكا جبرية، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، ثم سكت 

(رواه الإمام أحمد)

Terjemahan Hadis:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman Rodhiallahu Anhu berkata. Rasulullah SAW telah bersabda: “Adalah kenabian itu berada di tengah-tengah kamu sekalian, yang mana ianya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah yang mengikuti jejak kenabian, yang mana ianya berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada kekuasaan yang menggigit (pemerintahan yang zalim), yang berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada kekuasaan yang memaksa (pemerintahan diktator) yang berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah yang mengikuti jejak kenabian, kemudian baginda (Nabi) diam.”   (Riwayat Imam Ahmad).

 Mengikut kefahaman Hizbut Tahrir, Rasululah SAW menyebut akan berlaku peralihan kuasa di kalangan umat Islam dari satu peringkat ke satu peringkat sehinggalah akan terbangun semula kerajaan Islam yang akan meneruskan jejak kenabian. Hadis ini pada mereka menjadi hujah untuk umat Islam wajib membentuk kerajaan Islam yang menjalankan pemerintahan berdasarkan hukum-hukum Islam dan wajib semua umat Islam membai’ah (memberi perjanjian taat setia) kepada khalifah yang dilantik di dalam kerajaan Islam tersebut. Mereka yang engkar untuk membai’ah adalah dianggap kufur dan sekiranya mereka mati tanpa memberi bai’ah kepada khalifah yang dilantik maka kematian mereka itu adalah mati seorang jahiliyah (tidak beriman) bersandarkan pegangan hadis yang menyebut:

“من مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية” 

Maksud:

“Barangsiapa yang mati tanpa memberi bai’ah maka ia mati Jahiliyah.”

Namun mengikut tafsiran sebahagian besar ulamak, hadis yang menyentuh tentang kewajipan membentuk negara Islam berkhalifah bukan suatu hadis yang disepakati tentang kesohihannya, sebahagian mereka mengkategorikan hadis tersebut sebagai hadis hasan dan ada yang mengkategorikannya sebagai dhoif (lemah) kerana  terdapat beberapa kecacatan pada rantaian perawinya dan juga pencanggahan teks hadis yang berbeza antara hadis–hadis lain. Mengikut pandangan Doktor Ahmad Ar-Raisuni, Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, walaupun Hizbut Tahrir berhujjah dengan hadis tersebut, namun di sana terdapat hadis lain yang sama darjatnya atau lebih tinggi tarafnya  yang menyebut tentang khilafah.

“عن سفينة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:  خلافة النبوة ثلاثون سنة ثم يؤتي الله الملك أو ملكه من يشاء”

(رواية أبي داود)

Maksud Hadis:

“Daripada Safinah Rodhiallohu Anhu berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Khilafah kenabian berlaku selama tiga puluh tahun, setelah itu Allah akan mendatangi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki “  (Riwayat Abu Daud).

Menurut Dr Ar-Raisuni di dalam hadis ini Nabi hanya menyebut khilafah kenabian itu berlaku selama tiga puluh tahun saja iaitu ( dua tahun Khalifah Abu Bakar, sepuluh tahun Khalifah Umar, dua belas tahun Khalifah Usman dan enam tahun Khalifah Ali) Nabi tidak menyebut tentang pemerintahan khilafah kali kedua. Menurut beliau lagi hadis tentang khilafah tersebut juga tidak mengandungi arahan atau larangan mengenai kewajipan umat Islam untuk membentuk kerajaan berkhalifah kali kedua dan kenapa ummat Islam perlu melakukan sesuatu yang tidak disuruh dan di manakah kewajipannya?

Manakala  mengenai hadis seorang yang mati tanpa membaiah kepada Khalifah sebagai mati seorang jahiliyah disangkal oleh ulamak lain kerana maksud hadis tersebut ditujukan kepada pemerintah sesebuah negara (Ulil Amri). Mengikut Sheikh Uthaimin hadis tersebut bermaksud  wajib ke atas setiap insan melantik seorang Imam dan tidak halal baginya memutuskan Imam, kerana apabila ia memutuskan Imam ia hidup tanpa memiliki kekuasaan dan tanpa pemerintah, sedangkan Allah SWT berfirman:

(يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم ” ( النساء: 59″

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman taatlah kepada Allah dan Rasul dan pemerintah-pemerintah di kalangan kamu”.

Inilah yang dimaksudkan mati tanpa memberi bai’ah yang dinyatakan dalam hadis tersebut.

Prinsip Dan Pegangan Akidah Hizbut Tahrir Yang Menyeleweng.

Pertubuhan ini juga berpegang dengan prinsip dan pegangan akidah yang menyeleweng dan bercanggah dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Antara pegangan mereka adalah seperti berikut:

  • Mengatakan perbuatan hamba yang ikhtiariyah (perbuatan ikhtiar) tidak termasuk di dalam qodha Allah SWT. Pegangan ini selari dengan pegangan Golongan Qodariah (Satu kumpulan yang tersasar aqidah). Dalam kitab As Syakhsiah Islamiyyah menyebut: “perbuatan-perbuatan ini (perbuatan manusia) adalah tidak berkait dengan qodho Allah dan qodho Allah tidak berkait dengan mereka, kerana manusia melakukan perbuatan tersebut dengan kehendak dan pilihannya, maka perbuatan yang sengaja tidak termasuk dalam penciptaan Allah “(An Nabhani, As Syakhsiah Islamiyyah, Jil 1, halaman 7).
  • Mengatakan hidayah dan kesesatan adalah ciptaan hamba bukan ciptaan Allah.  Di dalam kitab As- Syakhsiyyah Al- Islamiah juga menyebut: “Kebergantungan pembalasan ganjaran (pahala) dan pengazaban (dosa) kepada hidayah dan kesesatan tersebut adalah perbuatan hamba dan bukan daripada ciptaan Allah” (As-Syakhsiah Islamiah, Jil 2, Halaman 74).
  • Menghukum orang yang meninggal dunia tanpa bai’ah seorang khalifah sebagai mati jahiliyah (As-Syakhsiah Islamiah, juz 2, bahagian 3, halaman 13,15 dan 29).
  • Mendakwa Pemerintah, Ahli Parlimen dan para Ulama’ Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur.
  • Negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kafir (demokrasi) dan haram bagi umat Islam menyertai sistem kerajaan sama ada menubuhkan, menganggotai, menyokong dan bersemangat patriotisme.
  • Menafikan istilah “al-Qadha’ wal Qadar”.
  • Berpegang kepada fahaman aqidah Qadariyyah.
  • Aqidah siyasiyah (politik) lebih penting dari aqidah ruhiyyah (jasmani).
  • Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul.
  • Menolak sumber aqidah melalui hadis Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadis Ahad itu dalil Zonni (samar) sedangkan aqidah itu keyakinan yang memerlukan dalil Qot’ei (jelas).

FATWA PENGHARAMAN PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR

Pengwartaan Pengharaman

Beberapa negeri di Malaysia seperti Selangor dan Pahang telah mewartakan pengharaman pertubuhan ini.  Bagi Negeri Selangor fatwa pengharaman Hizbut Tahrir telah diwartakan di bawah seksyen 47 Jil 68 No.19 bertarikh 17 September 2015 yang menyebut seperti berikut:

“Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah:

  • Menjadi ahli kumpulan dan mengamal ajaran Hizbut Tahrir
  • Berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.
  • Mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.
  • Berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, peniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.
  • Melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Hizbut Tahrir.
  • Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman ajaran Hizbut Tahrir.
  • Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih.
  • Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.

“Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Selangor “

ANCAMAN HIZBUT TAHRIR TERHADAP ATM

Sasaran Hizbut Tahrir Terhadap Organisasi ATM

Pertubuhan ini cuba menyebarkan fahaman dan menghasut masyarakat agar menolak sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh negara Malaysia kerana mendakwa ianya  bersifat sekular dan wajib ditukar dengan sistem pemerintahan Islam berkhalifah. Bagi tujuan mengambil alih pemerintahan negara, mereka akan mengunakan pihak-pihak yang berkuasa dalam negara seperti Angkatan Tentera Malaysia untuk mengguling kerajaan sedia ada dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada mereka yang mana mereka namakan pendekatan tersebut dengan istilah طلب النصرة (tolabun nusroh) yang bermaksud memohon kemenangan, pada waktu itu mereka akan membentuk kerajaan berkhalifah yang dipimpin oleh seorang khalifah Islam. Bagi mencapai misi tersebut mereka mula mendekati, menawan hati dan mendakwah pemimpin-pemimpin ATM dan anggota-anggotanya untuk menerima pertubuhan  mereka sehingga terhasil dakwah mereka secara total.  Mereka menggunakan saluran laman web, bahan bacaaan buku dan risalah serta kelas-kelas penerangan di seluruh Malaysia untuk menarik keahlian dan pengaruh kepada pertubuhan mereka.

Kesan Terhadap Anggota ATM Yang Terlibat Dengan Pertubuhan Hizbut Tahrir

Memandangkan Kerajaan Malaysia telah mewartakan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA)  dan fatwa pengharaman Hizbut Tahrir oleh beberapa negeri, maka telah jelas bahawa pertubuhan Hizbut Tahrir adalah pertubuhan yang haram dan sesiapa yang terlibat dengan pertubuhan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah salah di sisi undang undang negara dan juga di sisi agama Islam. Justeru itu, pertubuhan ini wajib disekat dari merebak di negara ini khususnya di dalam organisasi ATM berasaskan kaedah fiqh sadd az-zara’ei (menyekat jalan-jalan kerosakan) dan dar’u al-mafasid muqoddam ‘ala jalbi al-masolih (menghalang keburukan lebih utama daripada membawa kebaikan) kerana pemikiran ekstrim yang dipegang oleh Hizbut Tahrir tentang konsep khilafah boleh membawa implikasi buruk kepada keharmonian aqidah dan keselamatan negara. Oleh yang demikian, setiap warga ATM dari segenap lapisan hendaklah menjauhi diri dari terlibat dengan pertubuhan ini demi menjamin dari disabitkan dengan salah laku jenayah yang natijahnya akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga, kerjaya serta organisasi.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online