SemasaSukan

Majlis Pembukaan Kejohanan Olahraga TD Ke-36

KUALA LUMPUR: Seramai 585 atlet Tentera Darat (TD) terlibat  dalam Kejohanan Olahraga TD melibatkan sembilan formasi TD dengan 27 acara dipertandingkan di Stadium Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bermula dari  12 hingga 14 Sep 2017.

Terdahulu upacara perasmian kejohanan dirasmikan oleh Inspektor Jeneral Tentera Darat, Mej Jen Datuk Adnan Haji Abu Bakar dengan simbolik acara pembukaan perarakan masuk bendera kejohanan yang dibawa oleh anggota 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) diketuai oleh Kapt Afif Halim dan seterusnya menaikkan bendera kejohanan.

Acara diteruskan dengan larian membawa masuk obor serta penyalaan podium oleh dua atlet Sukan Sea KL 2017 iaitu Pbt Iskandar Alwi dan Pbt Zaidatul Husna Zulkifli menandakan kejohanan sudah bermula.

Dalam ucapan IJTD, beliau menyatakan kejohanan ini dapat mengasah bakat atlet dan mengeratkan silaturrahim selain dapat menyatukan setiap atlet bagi meniup semangat juang sekaligus meraih kejayaan.

“Selain itu, kejohanan ini merupakan medan untuk memilih atlet-atlet TD bagi mewakili kontijen TD dalam Kejohanan Olahraga ATM yang akan datang di Lumut, Perak,”  tambah beliau.

Turut hadir Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar merangkap pengerusi pengelola kejohanan.

[jaw_divider divider_title=”Back To Top” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”1″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”0″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[srizonfbalbum id=12]

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali dan SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online