Bersama PemimpinSemasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Dr Hj Ibrahim Yasir

NEGERI SEMBILAN: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman meraikan Mej Jen Dato’ Dr Hj Ibrahim Yasir dalam Perbarisan Penghargaan sempena persaraan mantan Pengerusi Rejimen Artileri Diraja (RAD) yang diadakan di Padang Kawad 51 RAD, Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

“Tentera Darat akan kehilangan seorang lagi pegawai kanan yang sangat mudah didekati oleh setiap lapisan anggota serta mempunyai personaliti berkredibiliti dan berkarisma,” ujar TPTD.

Perbarisan Penghargaan berkonsep statik ini terdiri daripada lima detasmen berkekuatan seramai 20 pegawai dan 280 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Ketua Tim Nukleus Artileri Divisyen 1 Divisyen, Lt Kol Mohd Ismail Mohd Yunus.

Mantan Pengerusi RAD dalam ucapannya berpesan agar setiap individu sentiasa bersikap amanah dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan serta memelihara akhlak yang baik bagi memastikan warga RAD sentiasa bersatu hati.

Beliau juga menyeru kepada seluruh lapisan pegawai dan anggota LLP RAD agar sentiasa mengamati tiga prinsip dan lima tonggak yang ditekankan oleh Panglima Tentera Darat Ke-28 demi mencapai misi dan kecemerlangan TD.

Usai perbarisan, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan makan sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai penghargaan terakhir ke atas Pengerusi RAD Ke-13 tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Rejimen Artileri Diraja, Brig Jen Zulmajdi Yunus, Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Mohd Tawil Hj Daud dan pegawai-pegawai kanan RAD.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button