Bersama PemimpinSemasa

Hari Pertama Timbalan Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Hj Adly Zahari memulakan hari pertama beliau di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Wisma Pertahanan pada 12 Dis 2022.

Ketibaan Timbalan Menteri Pertahanan disambut Ketua Setiausaha (KSU) KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM sebelum diiring ke lobi Wisma Pertahanan bagi menerima Tabik Hormat Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

Seterusnya, beliau diiring ke pejabatnya bagi acara simbolik dan menandatangani Nota Mula Tugas Timbalan Menteri Pertahanan.

Terdahulu, pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Pertahanan diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan disusuli dengan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan yang disempurnakan di hadapan KDYMM SPB YDP Agong pada 10 Dis 2022.

Acara diakhiri dengan sesi Taklimat Eksekutif di Bilik Bunga Raya oleh KSU KEMENTAH dan PAT.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, pegawai-pegawai kanan KEMENTAH.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online