PULAU PINANG: Majlis Perjumpaan Panglima 2 Div bersama Panglima-Panglima Formasi, Pegawai Memerintah, Pegawai Pemerintah dan Timbalan Komander di bawah naungan 2 Div telah diadakan di Wisma Perwira Pearl Eagle Reviera Markas 2 Div, Kem Tun Razak, Pulau Pinang.
Sesi bersama Panglima 2 Div ini membincangkan pencapaian dan analisa berkaitan perkara-perkara Perisikan, Operasi, Latihan, Tadbir dan Logistik tahun 2017 dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk tahun 2018. Selain itu turut membincangkan mengenai teguran kepada pasukan-pasukan dari tim pemeriksaan pakar, audit dalaman dan luaran. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai perkara Perisikan, Operasi, Latihan, Tadbir dan Logistik dari pasukan-pasukan di bawah naungan 2 Div.
Dalam ucapan Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar menekankan kepentingan cogan kata “Sentiasa Cemerlang” yang akan dipikul oleh warga 2 Div agar tahun 2018 ianya dapat digalas dengan penuh integriti dan penghasilan pencapaian yang tinggi.
Perjumpaan ini membolehkan formasi dan unit di bawah naungan dapat menyampaikan pandangan dan permasalahan yang ada serta dapat merancang penambahbaikan perkara G, A dan Q untuk tahun 2018.
Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaafar, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail, Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim Aman, Komander Artileri Divisyen 2 Div, Kol Mohd Rawa Haji Seman dan Ketua Staf Markas 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin.
Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh dan Pbt Mohd Nor Izham Shalahudin