Semasa

Army Warrior FC Juara Piala FA PBKL

KUALA LUMPUR: Pasukan Army Warrior FC  terdiri dari pemain-pemain bola sepak Tentera Darat (TD) berjaya menjuarai Piala FA Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) Tahun 2014 apabila berjaya menewaskan pasukan Sinar Muda dalam perlawanan akhir dengan jaringan 3-0 yang diadakan di Stadium Jeonsa Jalan Raja Muda Abdul Aziz pada 30 Dis 2015.

Sebaik sahaja sepak mula separuh masa pertama Pasukan Army Warrior FC terlebih dahulu menguasai permainan sehinggakan jaringan pertama dihasilkan oleh Kpl Muhd Tauffik Matradi pada minit ke-35 dan di separuh masa kedua permainan bertambah rancak apabila pemain Kpl Mohd Yusri Yusoff menambah jaringan sebanyak dua gol pada minit ke-60 serta meledak gol kemenangan pada minit ke-80 permainan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Tentera Darat (PBTD), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor bersama dengan pegawai-pegawai bola sepak dari pasukan Sinar Muda.

QC9A0557

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online