MELAKA: Seramai seorang pegawai dan sembilan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan Kursus Terjun Bebas Khas Siri TBK/3/2017 yang dilaksanakan di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 19 Jan 2017.
Majlis Pemakaian Sayap Penerjunan dan Majlis Penutup Kursus ini disempurnakan oleh Komandan PULPAK, Kol Adi Ridzwan Abdullah di Hangar Cawangan Payung Terjun.
Kursus ini telah dilaksanakan mulai 29 Okt 17 hingga 19 Jan 18 dan sebanyak 18 kali latihan penerjunan dilaksanakan bagi melayakkan mereka memakai sayap Penerjunan Bebas.
Dalam ucapan Komandan, beliau mengingatkan penuntut supaya mempraktikkan pelajaran apabila kembali kepasukan dan sentiasa mengikut latihan penerjunan bebas apabila diberi peluang.
Gambar: SSjn Md Noor Sabar