KUALA LUMPUR: Seramai 500 warga 4 Div terlibat dalam Program Kesihatan dan Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) 4 Div Ke-37 yang dirasmikan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di Dewan Dato’ Othman Harun pada 23 Jan 2018.
Gimik pelancaran iaitu proses menyedut darah daripada ikon patung berpakaian loreng digital yang terbaring di atas kerusi menderma darah telah dilakonkan sendiri Panglima 4 Div sebagai tanda sokongan dan rasa gembira diatas kesudian warga 4 Div hadir serta menyokong program derma darah tersebut.
Derma darah merupakan satu amalan mulia kerana darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan serta dapat memupuk nilai murni dalam diri dan boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial.
Selain itu, Bahagian Kesihatan Pergigian juga telah mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi program derma darah dan segala aspek berkaitan gigi dari segi penjagaan, kebersihan dan proses mencantikkan telah diajar.
Terdahulu dari itu, penyerahan cenderahati kepada wakil Pusat Tabung Darah dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Titiwangsa turut disampaikan selepas perasmian tersebut.
Turut hadir, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran, Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor dan Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Norhayati Usul.
Oleh: LKpl Khatijah Shahbudin