NEGERI SEMBILAN: Seramai 31 pegawai dan 462 anggota Lain-Lain Pangkat dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pengerusi RAMD Ke-30 dan Serah Terima Tugas Pengerusi Rejimen Sempadan (RS) Ke-4 diketuai oleh Lt Kol Zulhelmi Masdar di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 16 Mei 2018.
Perbarisan diketuai oleh Lt Kol Zulhelmi Masdar manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW I Mat Johari Said dan pancaragam yang mengiringi perbarisan ialah Pancaragam Pusat RAMD bawah pimpinan Mej Mohamad Nor Azizan Yahya.
Acara dimulakan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Pengerusi RS Ke-4 diantara Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dengan Ketua Staf (KS) Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman disaksikan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.
Manakala Serah Terima Tugas Pengerusi RAMD Ke-30 pula diantara Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Lt Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal dengan PMB TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.
Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan TPTD, beliau menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan terdiri dari empat detasmen diiringi Pancaragam Pusat RAMD dibawah pimpinan Mej Mohamad Nor Azizan Yahya.
Turut hadir, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Pengarah Infantri merangkap Setiausaha RAMD, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad.
Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli