JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melakukan Lawatan Ulung beliau ke Markas 21 Grup Gerak Khas (MK 21 GGK) pada 19 Nov 2018.
Sebaik ketibaan PTD, beliau disambut oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Datuk Hasan Ali seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Padang Kawad MK 21 GGK.
Selesai KKU, PTD diperkenalkan kepada pegawai-pegawai seterusnya sesi bergambar dan beliau dibawa ke Bilik Helang MK 21 GGK untuk mendengar taklimat lawatan serta menandatangani Buku Lawatan Kerja.
Seterusnya PTD dibawa ke Lapang Sasar 600 meter lalu dipertontonkan dengan Demontrasi Advance Shooting, Face to face Shooting, Agility Shooting, Sniper Option dan menembak sasaran hidup oleh Skuadron Lawan Keganasan.
Selain itu PTD di bawa ke Rumah Tempur Jarak Dekat lalu dipersembahkan dengan aksi Room Entry/Hostage Rescue dan One Room Combat.
Lawatan diteruskan dengan Demontrasi Ronda Kumpulan Kecil (RKK) dengan persembahan RKK Contact Drill serta demontrasi yang terakhir iaitu International Practical Shooting Confederation (IPSC) di Lapang Sasar Pasir Landa.
Acara diakhiri dengan Makan Tengahari Bersama Warga 21 GGK serta pemyampaian cenderahati di Hangar Skuadron Perahu Khas.
Turut hadir Ketua Staf Am 21 GGK, Brig Jen Datuk Jamaludin Jambi dan pegawai kanan 21 GGK.
Gambar: SSjn Vijay Gaunder Arikrishnan