KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD dan Penganugerahan Sayap Juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 29 Ogos 2019.
Majlis kenaikan pangkat melibatkan 18 pegawai kanan dari pelbagai Kor TD dan dua pegawai sukarela dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen ke Mej Jen yang didahului oleh Brig Jen Dr. Pakianathan Dawson @ A. Endry Nixon Alexander menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf, J3 Bahagian Operasi dan Latihan Bersama, MK AB manakala Brig Jen Dato’ Zarondin Md Amin turut dipakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan Asisten Panglima, MK TD-BPS.
Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada empat pegawai kanan yang dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen didahului oleh Kol Johari Mohd Jaafar menjawat jawatan sebagai Komander ATB 2, Kol Semaon Marjuki menjawat jawatan sebagai Panglima 10 Bgd (Para), Kol Ir Ruslan Sulaiman menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Perkhidmatan Kejuruteraan Timur, MK ATM-BPKP dan Kol Dr Janudin Awang menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan MK ATM, BPA.
Manakala empat pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol, lapan pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol serta kenaikan pangkat yang sama kepada dua Pegawai Sukarela Askar Wataniah (AW) dan diakhiri dengan penganugerahan Sayap Juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) kepada tiga pegawai yang telah menamatkan Kursus Asas Penerbangan di Institusi Penerbangan 2 (INSPEN 2) dan Aviation School Fort Rucker di Alabama, Amerika Syarikat.
Dalam ucapan PTD, beliau berharap agar kekalkan dan pertingkatkan prestasi cemerlang demi mengesahkan pangkat yang diberi sememangnya tepat serta mengoptimumkannya demi perkhidmatan.
“pemimpin bukan sekadar memberi arahan dan ketetapan, malah menunjukkan teladan serta membimbing anggota. natijahnya, tanggungjawab pemimpin amat luas ruang lingkup yang memerlukan penjajaran ilmu, kemahiran, sikap dan spiritual,” tegas PTD.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami.
Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya