KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menerima kunjungan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (TKSP) (Pelaburan), Anis Rizana Mohd Zainudin di Wisma Perwira Ordnans pada 6 Okt 2021.
Terdahulu, TKSP telah diberikan taklimat oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dan Pegawai Memerintah 91 Depot Pusat Kor Ordnans Diraja (91 DPOD), Kol Hj Mohd Athiyah Hj Hasan berkenaan status infrastruktur dan fasiliti di Kem Batu Kentomen dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Ampat Tin.
TKSP kemudian dibawa meninjau sekitar RKAT Ampat Tin dan Kem Batu Kentomen oleh PAT dan PTD.
Hasil tinjauan oleh TKSP mendapati beberapa penambahbaikan keatas kemudahan dan penempatan akan diutamakan oleh ATM bagi keperluan warga TD yang berkhidmat di sekitar Lembah Klang dari semasa ke semasa.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Hj Ruji Hj Ubi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (B).
Gambar: Riffat Mohd Yusof