Bersama PemimpinBTDMSemasa

PERASMIAN RUMAH SASaR OLEH KDYMM SPB YDPA

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang Dipertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Perasmian Projek Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) bertempat di Kem Wardieburn pada 9 Nov 2023.

Terdahulu, keberangkatan tiba KDYMM SPB YDPA disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan sebelum dibawa melihat replika contoh Pembinaan Rumah (SASaR).

Pembinaan perumahan SASaR Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Wardieburn dan Setapak itu merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan bagi memberi peluang kepada anggota ATM, veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk memiliki kediaman yang selesa di Kuala Lumpur.

MINDEF dalam kenyataan memaklumkan perumahan SASaR ATM Wardieburn akan melibatkan pembinaan 974 unit kediaman berkeluasan 1,400 dan 1,500 kaki persegi manakala projek perumahan SASaR ATM Setapak akan melibatkan pembinaan secara berfasa 6,400 unit kediaman dengan keluasan di antara 1,000 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi.

Projek perumahan itu adalah inisiatif kementerian berkenaan bagi menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, Konsep Malaysia MADANI, Kertas Putih Pertahanan serta Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021-2025.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan (Timb MENHAN), Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), Datuk Seri Isham Ishak, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Panglima-Panglima Perkhidmatan.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi & Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online